Thursday, May 28, 2009

MENGESAN PENYAKIT HATI DAN MENGENAL PASTI KESIHATANNYA.

Kadang-kadang kita dapati hati yang sakit dengan begitu parah namun
tuan
punya hati tersebut sama sekali tidak mengetahuinya. Ini tidak lain
disebabkan kerana ia tidak mengambil berat ke atas hatinya dan tidak
mengetahui punca-punca penyakit yang menjangkiti hatinya. Bahkan
tidak
jarang kita dapati seseorang yang telah mati hatinya namun dia
sendiri
tidak menyedari di atas kematian hatinya.

Untuk lebih jelasnya, di bawah ini dijelaskan tentang tanda-tanda
hati
yang
sihat antara lain:


1. HIJRAH DARI DUNIA KE AKHIRAT.

Sesetengah dari tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia boleh
berhijrah
dari kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat, dan duduk tinggal di
dalamnya." Sehinggalah seakan-akan ia merasakan kehidupan dunia ini
bagaikan hampa dan penuh kepalsuan dan sebagai hasilnya ia hanya
sekadar
menggunakan kehidupan ini sebagai keperluannya untuk berpindah ke
kehidupan
akhirat. Ia hanya menjadikan dunia ini sebagai alat atau sarana bagi
menjayakan perjalanannya ke rumah akhirat.

2. PENDORONG UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH.

Salah satu tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "ia selalu
mendorong
dan
menggalakkan tuannya untuk kembali kepada Allah dengan perasaan
rendah
diri
di hadapanNya," Ia juga meletakkan segala sesuatu yang disukai dan
disayanginya atas dasar kecintaannya terhadap Allah SWT, yang mana ia
tidak
akan boleh menikmati hidu, tidak boleh berjaya dan bergembiria
melainkan
hanya setelah mendapat keredhaan dan kemurahan Allah SWT.

3. TIDAK PERNAH BERHENTI DARI BERZIKIR.

Tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Tidak pernah reda dan
berhenti
dari mengingati (berzikir) Tuhannya, ia juga tidak pernah ada rasa
bosan
dan jemu untuk berkhidmat (beribadah) kepada Allah, ia tidak pernah
menaruh
rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan
orang
atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya."
Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang dan seronok terhadap
anak dan
isteri kecuali hal itu boleh membawanya untuk mengingati Allah dan
lebih
meningkatkan ketaatan terhadapNya.

4. MERASA LALAI JIKA SAKIT.

Tandanya lagi adalah: "Hatinya merasa sakit yang amat pedih jika
berpisah
atau lalai dari mengingati Allah. Kesakitan yang dialami melebihi
rasa
sakit ketika kehilangan harta benda dan anak keluarga."

5. MERASA NIKMAT KETIKA BERIBADAH.

Tandanya lagi: "Ia boleh merasakan sedap, seronok dan nikmat ketika
beribadah dan berkhidmat kepada Allah sepertimana kenikmatan seorang
yang
sangat lapar dan haus ketika ia makan dan minum."

6. LUPA DUNIA KETIKA IA SOLAT.

Tandanya lagi, "Jika ia sedang masuk untuk menunaikan solat, maka
segala
angan-angan, keghairahan dan keinginannya tentang dunia akan hilang,
seakan-akan ia terigin sangat untuk keluar menghindarkan diri dari
urusan-urusan dunia tersebut dan seterusnya akan berehat dengan
merasakan
kenikmatan yang tiada bandingannya kerana menghadap Allah dengan
penuh
keseronokan dan kedamaian."

7. MEMPUNYAI MATLAMAT TUNGGAL.

Tandanya lagi adalah: "Jika seorang hamba itu hanya mempunyai
matlamat dan
cita-cita hidup yang satu, iaitu kehidupan akhirat bagi menghadap
Allah
Azza Wa Jalla."

8. MENGHARGAI MASA UNTUK BERIBADAH.

"Ia sangat khuatir dan takut jika waktu dan masanya hilang dengan
sia-sia
belaka kerana terpedaya oleh urusan dunia seisinya." Ini sepertimana
sedia
maklum, bahawa selalunya urusan-urusan dunia akan banyak menyita
waktu
sehingga seseorang akan banyak menderita kerugian kerananya, kecuali
orang-orang yang beriman dan boleh membuktikan keimanannya dengan
amal-amal
soleh.

9. BERCITA-CITA TINGGI MEMBETULKAN KESALAHAN.

Tanda yang terakhir adalah: "Selalu bercita-cita dengan keinginan
yang
sungguh-sungguh untuk membetulkan dan mensahihkan amalan-amalan yang
dilakukannya sehingga keinginan dan upaya itu lebih berkualiti dan
dibuktikan dengan amal perbuatan yang lebih rajin, lebih ikhlas,
lebih
mendekati dan mengikuti sunnah."

Dari kesemua tanda-tanda hati yang sihat di atas, dapatlah
disimpulkan
bahawa: "Hati yang hidup sihat adalah, Hati yang mempunyai matlamat
dan
cita-cita hanya satu, iaitu Allah Azza Wa Jalla, kecintaannya hanya
kepadaNYa, tidur dan jaganya mati dan hidupnya hanyalah untuk Allah
SWT,
seluruh fikirannya dicurahkan untuk mencari keredhaan Allah. Dia
lebih
suka
menyendiri seorang diri bagi bertafakur menghampiri Allah daripada
berinteraksi dengan manusia kecuali jika interaksi itu akan
membawanya
untuk lebih dekat kepadaNya. Ia merasa seronok, selesa dan penuh
nikmat
bila mengabdi kepadaNya." Jiak di lubuk hatinya berasa diusik oleh
syaitan
agar berpaling dariNYa dengan serta merta terlintas pada dirinya
untuk
kembali kepada Tuhannya dengan penuh diilhami oleh ayat Allah yang
bermaksud:

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada
Tuhanmu,
dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhan)." (89: 27-28)

SeTiAp Yg TeRjAdI aDa HiKmAhNyA..So BaNyAkKaNlAh BeRsAbAr DaLaM
mEnGhArUnGgI DuGaAn-

NUKILAN MUTIARA KEPADA PEJUANG ISLAM

1) Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat, kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi, waktu yang hilang, sekali hilang akan terus hilang selamanyaaaa..

2) Tiada motivasi yang paling baik selain PERJUANGAN..

3) Tidak ada percantuman yang lebih berharga daripada percantuman ilmu dan kesabaran.

4) Jika kita terpesona dengan nikmat dunia yang sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selamanyaaa..

5) Baca itu bahasa, kaji itu sains, fikir itu sejarah, amal itu islam.. itulah prinsip kejayaan.

6) Sebaik-baik kamu adalah orang yang pemikirannya dapat mengingatkan kamu kepada allah, bicaranya dapat menambahkan ilmumu, dan amalannya mengingatkan kamu kepada akhirat..

7) Kata Saidina Ali k.w " Apabila sesuatu yang engkau senangi itu tidak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi.."

8) Janganlah jemu berjuang menegakkan kalimah Allah meskipun jauh dari tanda2 kemenangan..

9) Islam hanya akan dapat dirasa di dalam diri orang yang menegakkannya.

10) Secebis kasih membuat kita sayang,
Secangkir janji membuat kita percaya
Sedikit kecewa membuat kita terluka
Namun, secalit pengorbanan terasa selamanya...

11) Buatmu pejuang agama Allah..
Semoga iman perisai kemuliaanmu,
Semoga taqwa benteng peribadimu,
Semoga syahid menjadi milikmu,
Agar Jannatunnaim persemadianmu yang abadi..

Friday, May 22, 2009

DI MANA KITA?

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA...
KE MANA ANDA SEKARANG?



Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.

Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

1.Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
2.beramal semasa muda lagi
3.bertolong-tolongan kerana Allah
4.jauhi diri dan keluarga dari zina
5.mendidik anak kewajipan beragama
6.mendirikan solat wajib dan sunat
7.bertahajjud di tengah malam
8.menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
9.bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
10.berpaut hati pada masjid
11.sentiasa belajar hal-ehwal agama
12.sembahyang berjemaah
13.selalu berada di tempat pengajian agama
14.menziarahi orang sakit
15.mengiringi mayat hingga ke kubur
16.mengadakan khenduri cara Islam
17.mendamaikan pergaduhan
18.menolong anak yatim dan miskin
dan lain-lain perkara kebajikan


Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:


1.tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
2.kaya tapi bakhil
3.menipu
4.mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
5.mengadakan majlis maksiat
6.berzina
7.memakan harta anak yatim
8.meringankan sembahyang
9.tidak mengeluarkan zakat
10.panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
11.meninggalkan sembahyang
12.durhaka kepada ibu bapa
13.berbuat fitnah
14.suami dayus (membebaskan isteri)
15.ibu bapa dayus (membebaskan anak)
16.makan harta haram
17.berbohong dan berdusta
18.menggunakan sihir
19.dengki dan khianat

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Sekian, wassalam.

HIDUP KITA

HIDUP KITA CUMA DI DALAM TIGA HARI :
1. Semalam – sudah menjadi sejarah
2. Hari ini – Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok – Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM DUA NAFAS :
1. Nafas turun
2. Nafas naik

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dlm menggunakannya.
Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana itu mungkin nafas yg terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh utk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah SWT
2. Hidup dalam kemurkaan Allah SWT

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA DUA TEMPAT :
1. Kekal di dalam SYURGA
2. Kekal di dalam NERAKA





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 21, 2009

PERJALANAN

Perjalanan ini memerlukan bekalan yang secukupnya
untuk berdepan dengan hari depan terutama apabila
bertemu dengan Allah S.W.T .....


Maka dengarlah nasihatku ini......

BERBEKALLAH DAN SEBAIK2 BEKALAN IALAH TAKWA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, May 11, 2009

itulah kekasihku

KEKASIHKU

Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampausangat sayang kat DIA ) Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolongsajalah pada DIA, sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA à direct!!! Yang bestnya tu, bilaaku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan? Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni… tak pernah nak sakitkan hatiaku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul– betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab, kalauaku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat. Tak kiralah, material ke… spiritual ke… emm memang kekasih sejati lah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye laa, cintabagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je. Tapi, kekasih aku yang ni,lain, DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frusttu. Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jeolus pun. Cuma aku je yang jeolus nganDIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usahabetul-betul Kata orang putih.. what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit,aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect. Tu yangkadang-kadang aku tengah-tengah malam… area pukul 3 – 4 pagi tu pun, kalau akuterjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!! Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya… billionaire… millionaire… dan ntah apa-apa nairelagi.. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge… tapi aku tak sedap hati la.. mestilah kena hargai apayang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke,amik aje la… pastu pandai-pandailah membalas budi. Itu yang buat aku sanggupberkorban apa sahaja… cheewah! DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab,KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc… DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambahsayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm… aku sebenarnya belum pernah jumpa DIAlagipun, belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nantimesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takut!Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yangDIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang lakat aku kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yangdia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish!Rindu sangat-sangat dah ni!!!!!!! KEKASIHKU… AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…. WALAU NYAWADIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAKPERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA…… ITULAH KEKASIHKU… ALLAH S.W.T … CINTA TERAGUNGKU…

Tangisan hamba

Menangis Karena Takut Pada Allah Subhannahu wa Ta'ala

Menangis adalah karunia Allah Subhannahu wa Ta'ala yang sangat besar yang diberikan kepada manusia. Setiap orang yang menangis tentu memiliki alasan-alasan yang berbeda antara satu dengan yang lain. Bisa jadi seseorang menangis karena takut pada sesuatu, karena bahagia, karena terharu, bisa jadi juga seseorang menangis karena iba, karena menderita, karena kehilangan sesuatu, kematian, musibah dan sebagainya. Namun ada satu tangisan yang sangat disenangi dan dipuji oleh Allah Subhannahu wa Ta'ala , yaitu seseorang yang mengingat Allah Subhannahu wa Ta'ala lalu air matanya bercucuran karena merasa takut kepada-Nya. Dan sungguh luar biasa keutamaan yang akan diberikan Allah Subhannahu wa Ta'ala kepada orang yang bisa mencucurkan air mata karena takut pada-Nya. Keutamaan Menangis karena Takut kepada Allah Ta'ala. Menangis karena takut kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala memiliki kedudukkan yang sangat tinggi dan mulia di sisi Allah, sebagaimana ditegaskan dalam nash-nash Al-Qur'an maupun Hadits-hadits Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam , diantaranya:
Firman Allah Subhannahu wa Ta'ala , artinya, "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan kekhusyuan mereka bertambah". (QS. 17:109)
Firman-Nya yang lain,artinya, "Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Rabbnya Yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar" (QS. 67:12)
Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, artinya, "Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; …(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam kesendiriannya kemudian air matanya mengalir" ( HR. al-Bukhari, Muslim dan lain-lainya )
Rasulullah bersabda, artinya, "Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) kembali ke tempat asalnya" ( HR.at-Tirmidzi )
Sabda Rasulullah , artinya,"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak" (HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih)
Dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, artinya, "Semua mata pada hari Kiamat nanti akan menangis kecuali (ada beberapa mata yang tidak menangis) (pertama) mata yang dijaga dari hal-hal yang diharamkan Allah, (ke dua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah, (ke tiga) mata yang darinya keluar sesuatu (menangis) walau (air mata yang keluar) hanya sekecil kepala seekor lalat karena takut pada Allah" ( HR.Ashbahâni )
Dari Ibnu Mas'ud Radhiallaahu anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, artinya, "Setiap mukmin yang meneteskan air mata karena takut kepada Allah walau hanya sekecil kepala seekor lalat, lalu air matanya itu membasahi pipinya niscaya Allah haramkan neraka untuk menyentuhnya" (HR.Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ashbahâni )
Dari al-Abbâs Bin Abdul Muthallib Radhiallaahu anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, artinya, "Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka, (pertama) mata yang menangis (ditengah kesendirian) dimalam hari karena takut pada Allah Subhannahu wa Ta'ala , dan (kedua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah." (HR. At-Thabrani)
Dari Zaid Bin Arqom Radhiallaahu anhu , dia berkata, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam , “Ya Rasulullah dengan apa aku membentengi diri dari api neraka? Rasulullah menjawab, “Dengan air matamu, karena mata yang menangis karena takut pada Allah niscaya neraka tidak akan menyentuhnya selama-lamanya" ( HR. Ibnu Abi Dunya dan Ashbahâny )

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kiat-kiat yang Mengantarkan Kita untuk Bisa Menangis.
Memperbanyak membaca al-Qur'an dengan memahami maknanya, terutama ayat-ayat yang kita baca di dalam shalat, kemudian berusaha untuk merenungi dan meresapi maknanya ke dalam hati. Di samping itu pilih waktu, suasana dan tempat yang tepat, seperti tengah malam, ketika shalat tahajjud dan sebagainya. Jika hal ini bisa kita perhatikan, insya Allah akan membawa pengaruh yang berarti dalam kehidupan kita, sehingga kita akan mudah tersentuh dan menangis ketika membaca al-Qur'an, atau ketika sedang shalat. Diriwayatkan dari Abdullah bin Syukhair Radhiallaahu anhu dia berkata, "Aku mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam yang sedang shalat, dan (aku mendengar) dari rongga dadanya ada gemuruh seperti gemuruh air mendidih dari periuk yang ada di atas tungku berapi, (disebabkan) karena tangisan beliau" (HR.Abu Daud dan at-Tirmidzi ) Demikian juga Abu Bakar As-Shiddîq Radhiallaahu anhu, beliau sangat mudah tersentuh dengan bacaan Al-Qur'an dan selalu menangis tatkala melantunkan bacaan al-Qur'an. Juga Umar bin Khattab Radhiallaahu anhu apabila menjadi imam shalat Isya dan Subuh, beliau sering membaca surat Yusuf, dan setiap kali membaca surat ini maka beliau menangis dan suara tangisannya terdengar hingga shaf yang paling belakang, dan karena seringnya beliau menangis sehingga ada bekas menghitam di kedua pipinya.
Mengenali Nama-Nama Allah yang Maha Tinggi dan Sifat-Sifat-Nya yang Agung sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Juga berusaha untuk merenungi kebesaran, keagungan, ketinggian dan kesempurnaan Allah melalui keindahan dan keunikan ciptaanNya, disertai dengan introspeksi atas kelemahan diri kita sebagai hambaNya.
Menghadiri majlis-majlis ilmu, mendengarkan nasehat-nasehat para ulama yang bisa menyentuh batin kita, sehingga membuat kita menangis. Shalatlah berjamaah di belakang imam yang mudah menangis ketika melantunkan ayat-ayat suci al-Qur'an, simaklah kaset-kaset ceramah yang berisi nasehat-nasehat terutama mengenai tazkiyatun nafs, bacaan-bacaan murattal yang isinya penuh dengan kekhusyu'an dan tangisan. Suasana seperti itu bisa menyentuh dan mempengaruhi diri kita.
Mengingat kematian kita. Bagaimana kita akan meregang nyawa mengadapi sakaratul maut dan kita ingatlah ajal kita yang semakin dekat ke ambang pintu kematian. Perhatikan bagaimana keadaan orang-orang yang sedang sakaratul maut, baik yang tampak padanya tanda-tanda khusnul khatimah ataupun sû`ul khatimah. Lalu renungkan kejadian-kejadian itu secara mendalam. Kemudian kita bayangkan jika kejadian-kejadian yang mengerikan itu menimpa diri kita sendiri, dengan tubuh yang semakin lemah, semakin dingin dan semakin tidak berdaya menghadapi kematian, dengan nafas yang tersengal-sengal meregang nyawa yang mau keluar. Tubuh kita menggigil menahan sakitnya sakaratul maut, lalu malaikat maut menarik nyawa dari tubuh kita yang sudah kaku tak bergerak. Hanya diri kita sendiri yang merasakan sakitnya sakaratul maut. Tak seorang pun bisa membantu untuk meringankan betapa sakitnya sakaratul maut, dan tak seorangpun bisa berbuat tatkala nyawa kita dipegang oleh Malaikat Maut. Setelah nyawa kita berpisah dengan jasad, berarti kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini untuk selama-lamanya, maka orang-orang yang ada di sekeliling kita menangis sambil meneteskan air mata menyaksikan tubuh kita yang sudah tidak bernyawa. Lalu tubuh kita dimandikan, dikafani, lalu dishalatkan dan dikuburkan. Anak, istri, keluarga, kerabat dan teman kita mengantarkan jasad kita ke kuburan. Lalu setelah itu mereka meninggalkan kita sendirian di dalam kubur dengan pemandangan yang mengerikan, dan kita tidak tahu apakah kuburan kita itu menjadi taman surga atau justru lorong menuju ke neraka? Di tengah pekatnya kegelapan alam kubur yang menakutkan itu, tiada seorang pun yang menemani kita. Tiada seorang pun yang bisa menolong kita. Tiada seorang pun yang bisa memberi bantuan pada kita selain amalan yang merupakan bekal yang telah kita persiapkan semasa hidup. Kita hanya berharap agar semua amal ibadah yang sempat kita lakukan semasa hidup di dunia diterima Allah, karena sangat banyak amalan manusia yang tidak mendapat ridha Allah Subhannahu wa Ta'ala . Banyaknya amalan ibadah yang dilakukan oleh seseorang belum menjadi jaminan untuk terbebasnya dia dari azab kubur kecuali apabila Allah berkenan menerimannya.
Mengingat dan membayang kan kedahsyatan hari Kiamat. Pada hari itu terdengar tiupan pertama terompet malikat Israfil yang sangat dahsyat, sehingga menggelegarkan alam jagat raya ini dan seluruh isinya. Semua makhluk dicekam ketakutan. Semua manusia dalam kebingungan, panik, dan sangat takut. Mereka semua seperti orang yang sedang mabuk. Semua lari tapi entah ke mana tujuannya. Pada hari itu seorang ibu yang sedang menyusui anaknya tidak peduli lagi dengan anak yang sedang dia susui. Seorang bapak tidak bisa berbuat apa pun untuk menolong anak dan istrinya. Semua hanya mengurusi diri sendiri tapi tidak ada yang bisa diperbuat. Semuanya dicekam ketakutan yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya. Lalu terdengar lagi suara tiupan terompet malikat Israfil untuk yang ke dua kali. Semua makhluk semakin histeris lalu semuanya musnah. Bumi, gunung, bangunan dan apa saja yang ada semuanya hancur. Semuanya mati dan tiada satupun makluk yang selamat dan lolos dari kehancuran alam semesta ini.
Mengingat Murka Allah kepada umat-umat terdahulu, seperti umat nabi Luth alaihissalam. Mereka dibinasakan dengan hujan batu, lalu bumi mereka dibalikkan oleh Allah Ta'alakarena mereka bergelimang dengan dosa liwath (gay/ homoseksual). Dan masih banyak lagi umat-umat terdahulu yang dihancurkan Allah Ta'ala karena kedurhakaan mereka kepada-Nya.
Ingatlah Kondisi Ummat Islam di masa lalu yang penuh dengan kejayaan dan kemuliaan, lalu bandingkan dengan kondisi kita saat ini yang begitu lemah dan dihinakan.
Memperbanyak Do'a agar Allah Ta'alamenganugerahkan karunia-Nya kepada kita agar bisa menangis karena takut padaNya. Hendaklah kita selalu bermunajat pada-Nya dan sungguh-sungguh dalam berdo'a agar kita dijauhkan dari hati yang tidak khusyu' dan mata yang tidak bisa menangis.
Jangan Meremehkan Dosa, karena dosa sekecil apa pun akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Ibnu Mas'ud ra berkata, “Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosa-dosanya seakan-akan dia berada di bawah sebuah gunung dan dia khawatir kalau gunung itu ditimpakan kepadanya. Sedangkan seorang fasik melihat dosa-dosanya seperti dia melihat seekor lalat yang bertengger di hidungnya.
Semoga Allah Ta'ala menjadikan kita termasuk hambaNya yang senantiasa menangis karena takut padaNya. (Abu Abdillah Dzahabi)